◉ HEADLINES

Larang atlet wanita Terengganu sertai gimnastik, gimrama tindakan melampau, ‘sakitkan hati atlet’

Chean Chung turut menyindir saranan Ketua Pemuda Amanah Terengganu agar PAS memperluaskan larangan itu kepada atlet lelaki serta dari negeri lain ditadbir parti berkenaan

5:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Terengganu melarang atlet wanita dari negeri itu menyertai sukan gimnastik dan gimrama pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024, disifatkan sebagai keterlaluan, konservatif serta tidak bertimbang rasa.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, pakaian sukan untuk pertandingan direka secara berkesan dan memberi keselesaan kepada atlet, justeru ia tidak harus dihukum dengan takrifan agama sempit.

“Keputusan ini menyakiti hati semua atlet yang bertahun-tahun berlatih serta ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk mengejar impian sebagai atlet.

“Bagaimanakah ibu bapa dapat perjelaskan kepada anak-anak mereka yang dihalang bertanding? Bagaimana dengan ruang dan masa depan golongan minoriti bukan Islam di Terengganu,” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim bahawa negeri berkenaan tidak akan menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada Sukma 2024 kerana sukan itu memerlukan atlet memakai pakaian ketat serta menampakkan bentuk tubuh.

Hishamuddin berkata, pihaknya menggunakan pendekatan berhemah kerana untuk menguatkuasakan pakaian patuh syariah dalam kalangan atlet sukar dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Chean Chung secara sinis menyindir saranan Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Zamir Ghazali agar PAS konsisten dan memperluaskan larangan itu kepada atlet lelaki serta atlet dari negeri lain yang ditadbir PAS, seperti di Kelantan serta Kedah.

“Jikalau keputusan Hishamuddin adalah melampau, saya menyifatkan cadangan Zamir sebagai satu kegilaan.

“Beliau mencadangkan supaya negeri turut memperketatkan kod pakaian untuk sukan lain dan lelaki. Ini bukan pendirian Pakaran Harapan (PH) dan jelas bukan landasan perjuangan Keadilan (PKR),” katanya.

Sehubungan itu, Ahi Parlimen Petaling Jaya terbabit menyeru agar semua ahli politik, sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan bertanding secara sihat dengan mewujudkan pelbagai dasar ekonomi serta langkah berkenaan dalam menyelesaikan isu kebajikan rakyat.

“Bertarung untuk melihat siapa lebih gah perjuangkan identiti budaya serta agama tidak membawa rakyat kita ke mana-mana.

“Sebaliknya, akan mengalihkan perhatian ke atas isu sebenar (daya saing serta kebajikan atlet) dan terus memudaratkan negara kita,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Automation to wipe out cashiers, postal service, data entry clerks and bank tellers by 2030: WEF

Jobs in AI, cybersecurity, and renewable energy will be in high demand

◉ Related