◉ HEADLINES

inDrive sah beroperasi semula, janji patuhi kawal selia sepenuhnya

Penyedia platform e-hailing global ini hampir mencapai sasaran 40,000 pemandu aktif selepas tempoh pemantauan tiga bulan

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tiga bulan berada di bawah pemantauan ketat, penyedia platform e-hailing global inDrive akhirnya kembali beroperasi di Malaysia apabila menerima kelulusan semula lesen operasi daripada Kementerian Pengangkutan (MoT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kelulusan ini bukan sekadar membuka pintu operasi semula, malah menandakan komitmen jangka panjang inDrive untuk terus berkembang di pasaran Malaysia.

Pengurus Operasi Pemandu inDrive, Azlan Anwar, menegaskan langkah itu menjamin kestabilan kepada pemandu, penumpang dan keseluruhan ekosistem mobiliti negara.

“Sejak beberapa bulan lalu, kami telah memperkukuh setiap aspek sistem pematuhan. Prosedur dalaman telah diperhalusi, pengesahan dokumen diperketat dan proses audit dipertingkat.

“Ini bagi memastikan hanya pemandu yang memenuhi semua keperluan kawal selia dibenarkan aktif di platform kami,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Azlan amat berterima kasih kepada kementerian dan APAD atas kepercayaan yang diberikan kepada inDrive untuk terus beroperasi di Malaysia.

“Keyakinan ini membolehkan kami terus menyokong ribuan pemandu yang bergantung kepada platform kami sebagai sumber pendapatan yang mampan.”

Beliau turut mendedahkan inDrive melaksanakan perlindungan tambahan serta lapisan pengesahan bagi menutup ruang ketidakselarasan atau penggunaan dokumen palsu.

Setakat ini, sasaran 40,000 pemandu aktif hampir dicapai dengan kira-kira 95 peratus sudah direalisasikan.

Sebelum ini, inDrive bersama Maxim berdepan pembatalan lesen susulan audit APAD yang mendapati ketidakpatuhan terhadap keperluan Permit Kenderaan E-Hailing (EPV). – 18 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

◉ Related