◉ HEADLINES

Konsert My Chemical Romance di KL ditangguhkan ke November 2026

Semua tiket untuk tarikh asal kekal sah untuk tarikh yang baharu

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Welcome to the Black Parade dan I’m Not Okay akan membuat penampilan mereka di Malaysia pada November 2026.

Konsert berkenaan sebelum ini dijadualkan pada 30 April dan 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun ditangguhkan pada 19 serta 20 November 2026, di tempat yang sama.

Penganjurnya, Hello Universe mengesahkan semua tiket yang dibeli untuk tarikh asal kekal sah untuk tarikh berkenaan.

Bagaimanapun bagi peminat yang tidak dapat menghadiri konsert berkenaan, bayaran balik akan diberikan.

Sebarang kemas kini berkaitan tiket dan penganjuran akan disalurkan terus kepada pemegang tiket oleh Hello Universe, selain dikongsikan melalui saluran rasmi media sosial penganjur.

Kumpulan itu sebelum ini pernah membuat persembahan di Malaysia pada Disember 2007 di Stadium Merdeka ketika jelajah The Black Parade dan menarik kehadiran lebih 10,000 penonton.

Selepas dibubarkan pada 2013, MCR mengejutkan peminat dengan konsert reunion di Los Angeles pada 2019. Mereka kemudian melancarkan The Foundations of Decay pada 2022, bahan baharu pertama mereka dalam hampir sedekad.

Jelajah mereka pada 2026 menjanjikan pengalaman nostalgia mendalam melalui diskografi mereka, dengan jangkaan tinggi bahawa kumpulan ini akan mempersembahkan album The Black Parade secara penuh, bersama lagu-lagu popular lain seperti Helena, Teenagers, Famous Last Words, dan Sing. – 20 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related