◉ HEADLINES

Ratusan penyokong banjiri mahkamah menanti keputusan kehakiman Najib

Ratusan penyokong berhimpun sejak awal pagi, menanti keputusan semakan kehakiman yang bakal ubah masa depan Najib

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak awal pagi bagi mengikuti keputusan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke, dijadual menyampaikan keputusan berhubung permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Keputusan itu akan menentukan sama ada beliau dibenarkan pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur atau terus kekal di Penjara Kajang.

Najib kini menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hukuman asal 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dikurangkan kepada enam tahun serta denda RM50 juta selepas keputusan Lembaga Pengampunan pada Februari 2024.

Beliau dijadual dibebaskan pada 23 Ogos 2028, namun tarikh itu boleh dilanjutkan setahun sekiranya denda tidak dibayar.

Pada April lalu, Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan mendakwa wujud Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang membolehkannya menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.

Permohonan itu sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi, namun Najib berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum kes dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.

Panel Mahkamah Persekutuan pada Ogos turut menolak rayuan Pejabat Peguam Negara dan mengarahkan semakan kehakiman itu didengar berdasarkan merit.

Hari ini, semua pihak menantikan keputusan yang bakal memberi kesan besar terhadap status hukuman Najib Razak. – 22 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related