◉ HEADLINES

Tok Mat balas sindiran Yeo Bee Yin, mahu raikan keputusan mahkamah isu ‘terowong Pulau Pinang’

Hantaran yang dibuat oleh Tok Mat di Facebook itu menarik perhatian ramai terutama penyokong Umno yang mendesak Umno mengambil tindakan segera

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membalas sindiran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang ingin meraikan secara terbuka keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berhubung titah Adendum.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad atau dikenali sebagai Tok Mat berkata beliau sedang menunggu untuk meraikan keputusan mahkamah berhubung isu Terowong Pulau Pinang.

Meskipun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai hantaran itu namun ia dipercayai merujuk kepada perbicaraan rasuah melibatkan penasihat DAP, Lim Guan Eng dalam kes Terowong Pulau Pinang.

“Saya pun tunggu nak celebrate apabila Mahkamah merasmikan Terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan tahun 2026,” kata Menteri Luar itu.

Entri itu menarik lebih 1,800 komen dan dikongsi 695 kali terutama oleh penyokong Umno.

Tok Mat menaikkan hantaran berkenaan susulan kekecewaan pemimpin Umno mengenai komen yang dibuat oleh segelintir pemimpin DAP berhubung keputusan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung titah Adendum.

Malah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu mencetuskan kemarahan pemimpin Umno yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar, biadap dan mencerminkan keangkuhan politik serta tidak sensitif.

Keadaan menjadi panas apabila bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyatakan keputusan itu mencerminkan keadilan dan peranan yang dimainkan DAP dalam usaha menjatuhkan kleptokrasi di negara ini.

“Kepada mereka yang mengecam kami agar mempunyai “kemanusiaan”, tetapi masih terus menyayangi penjenayah tersebut tiada siapa yang menghalang anda.

“Namun, jangan halang kami, rakyat Malaysia yang lain, daripada meraikan keadilan yang telah ditegakkan,’’ katanya.

Antara yang membidas kenyataan berkenaan termasuk Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya ‘jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak’.

Berikutan itu, Dr Akmal meminta semua perwakilan supaya membawa isu supaya Umno menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), yang dijadualkan Januari ini. – 23 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

◉ Related