◉ HEADLINES

Pegawai kanan polis kantoi ambil ‘jus’ dadah di pusat hiburan

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis dadah iaitu amfetamina, metamfetamina, ketamin dan benzo

9:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana di sini Jumaat lepas.

Menurut sumber, pegawai lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut dijalankan JSJN Bukit Aman yang menerima aduan dan maklumat.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis dadah iaitu amfetamina, metamfetamina, ketamin dan benzo.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku mengambil dadah jenis minuman jus di pusat hiburan berkenaan dan bekalan dadah itu diperoleh seorang lelaki tempatan di tempat berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.

“Kes ini disiasat Polis Selangor dan pegawai berkenaan direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Bernama hari ini. – 20 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related