◉ HEADLINES

Polis sahkan mayat dalam beg adalah Suri

Ibu saudara Suri sebelum ini membuat laporan polis berhubung kehilangan wanita itu pada 15 Disember lepas

2:20 PM MYT

 

SEREMBAN – Identiti mayat wanita yang ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis lepas disahkan sebagai Suri Narudin, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata ia berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

“Selain itu, berdasarkan laporan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia Malaysia, perbandingan profil DNA mendapati bahawa spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat, iaitu sumber spesimen hubungan adik-beradik kandung.

“Ia menunjukkan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi sekali gus mengukuhkan lagi proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri, 53 tahun,” menurutnya dalam kenyataan hari ini

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau balai polis berhampiran.

Alzafny berkata PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Khamis lepas, beliau berkata mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Dis lepas.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Suri yang dilaporkan hilang selepas ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan itu pada 15 Dis lepas. – 24 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related