◉ HEADLINES

Muhyiddin wajar berundur sebagai presiden Bersatu jika gagal bawa pulang menantu: Chegu Bard

Adlan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dikehendaki oleh SPRM bagi menghadapi tuduhan pecah amanah

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar berundur sebagai Presiden Bersatu sekiranya beliau gagal membawa pulang menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ke tanah air.

Gesaan dibuat Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Beliau berkata, isu berkenaan yang melibatkan keluarga kepada pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu kini menjadi beban kepada parti.

“Maafkan saya, Tan Sri. Jika Tan Sri gagal memanggil menantu pulang, adalah lebih baik Tan Sri berundur secara terhormat daripada terus menjadi beban kepada perjuangan ini dan memperlahankan kemajuannya.

“Tan Sri pernah menasihati kami bahawa Islam menuntut umatnya mempunyai rasa malu, maka kami berharap Tan Sri juga akan mempertahankan nilai tersebut, sebagaimana yang telah Tan Sri sendiri nasihatkan,’’ katanya, yang dipetik dari NST.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerah maklumat mengenai dakwaan aliran masuk tunai berskala besar ke dalam akaun seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibu pejabat SPRM, hari ini.

Muhammad Adlan kini dipercayai berada di sebuah negara di Asia Barat.

Adlan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi tuduhan pecah amanah membabitkan puluhan juta ringgit.

SPRM dalam laporan sebelum ini berkata, Adlan dipercayai tinggal di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Ahli perniagaan berusia 49 tahun itu meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya (Muhyiddin) didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.

Turut melarikan diri adalah peguamnya, Mansoor Saat, 70, yang menuju ke Jakarta empat hari selepas Adlan dan tidak kembali sehingga kini.

Projek NERS bertujuan meningkatkan keselamatan negara melalui pengumpulan data biometrik.

Namun, siasatan mendapati hampir RM50 juta hasil kutipan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) — yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran balik sukuk — telah diselewengkan. – 24 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related