HEADLINES

Majlis Perundingan GIG bakal ditubuh, bincang isu bidding e-hailing : Kesuma

Kesuma berpandangan isu bidding dalam kalangan pemandu e-hailing merupakan antara perkara awal yang akan dibincangkan di bawah majlis ini bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pemandu, platform dan pengguna

5:24 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Isu ‘bidding’ dalam kalangan pemandu e-hailing akan dijadikan agenda awal oleh Majlis Perundingan Gig yang bakal ditubuhkan bagi memastikan kepentingan pemandu, platform dan pengguna kekal seimbang.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan selaras dengan Bahagian VI Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025, Majlis Perundingan Gig akan ditubuhkan sebaik sahaja perundangan ini dikuatkuasakan kelak.

Majlis ini merupakan platform tripartit yang melibatkan wakil kerajaan, wakil pekerja gig dan wakil entiti kontrak, berfungsi menasihati serta mengemukakan syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula dan standard minimum yang akan diguna pakai, serta perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan pekerja gig.

“Majlis Perundingan Gig juga akan menjadi platform dialog dan rundingan berterusan berkaitan dasar serta isu-isu yang timbul dalam sektor gig, termasuk usaha memastikan pekerja gig memperoleh pendapatan yang lebih stabil, adil dan mampan.

“Kesuma berpandangan isu bidding dalam kalangan pemandu e-hailing merupakan antara perkara awal yang akan dibincangkan di bawah majlis ini bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pemandu, platform dan pengguna,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan merujuk laporan media tempatan berkait isu penawaran perkhidmatan e-hailing menggunakan konsep tawar-menawar atau bidding yang dibangkitkan oleh beberapa pertubuhan pekerja gig kepada Kementerian Pengangkutan.

Kesuma turut menegaskan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan dalam menangani isu ini secara menyeluruh, demi menjaga kebajikan pekerja gig dan kelestarian ekosistem ekonomi platform di negara ini.

Kementerian itu memaklumkan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 telah diluluskan oleh Parlimen pada Ogos dan September lalu dan kini sedang dalam proses pewartaan.

“RUU ini dicadang untuk dikuatkuasakan pada tahun 2026,” menurut kenyataan itu. – 24 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related