HEADLINES

DPIM cadang pensijilan halal dilaksana berperingkat, ‘ramai peniaga kecil tiada upaya’

Presiden DPIM, Datuk Mohammad Sahar Mat Din berkata, antara faktornya adalah kemampuan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan bagi memperoleh sijil selain keupayaan kewangan serta operasi yang terhad

1:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kebanyakan perniagaan yang berstatus mikro dan kecil tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan pensijilan halal.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Datuk Mohammad Sahar Mat Din berkata, antara faktornya adalah kemampuan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan bagi memperoleh sijil selain keupayaan kewangan serta operasi yang terhad.

“Cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan menu babi dan alkohol untuk memiliki sijil halal perlu diperhalusi sebaik-baiknya.

“Ini kerana daripada sekitar 1.1 juta perusahaan berstatus mikro, kecil dan sederhana, majoritinya terdiri daripada kategori mikro dan kecil tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan pensijilan halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MOHAMMAD SAHAR MAT DIN
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Datuk Mohammad Sahar Mat Din turut mencadangkan supaya sesi libat urus diadakan bersama pemegang-pemegang taruh industri halal. – Gambar Bernama, 11 September, 2024

Mohammad Sahar berkata, pelaksanaan mewajibkan pensijilan halal juga boleh dilaksanakan secara berperingkat.

“Pendekatan itu telah diamalkan di Indonesia yang mana semua produk keluaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana di negara itu diwajibkan mempunya pensijilan halal bermula Oktober ini.

“Jika dilihat dari sudut bilangan penduduk dan perniagaan di Indonesia yang jauh lebih besar dan kompleks, DPIM percaya Malaysia mampu untuk melaksanakannya dengan lebih efektif,” katanya.

Selain itu beliau mencadangkan supaya sesi libat urus diadakan bersama pemegang-pemegang taruh industri halal.

“Ini bagi mendapatkan lebih banyak pandangan dan maklum balas yang mana boleh membantu pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengkaji cadangan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, DPIM berpandangan bahawa penting untuk menaik taraf tahap perniagaan usahawan khususnya dari status mikro ke kecil hingga ke peringkat seterusnya dipergiatkan.

“DPIM yakin dengan pelaksanaan pensijilan halal yang meluas dalam kalangan semua jenis usahawan yang berkaitan akan memberikan capaian jaminan halal yang lebih meluas kepada umat Islam.

“Ia juga dapat meningkatkan bilangan pemain industri halal bukan hanya di peringkat domestik malah di peringkat global,” katanya. – 11 September, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related