HEADLINES

PAS setuju Muafakat Nasional dihidupkan semula di tengah kemelut politik di Perlis

Dr Akmal sebelum ini mencadangkan supaya kerjasama antara PAS dan Umno yang dijalankan menerusi MN sebelum ini dihidupkan semula, di tengah-tengah kemelut politik yang berterusan di Perlis

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS bersetuju dengan cadangan Muafakat Nasional (MN) yang menyaksikan kerjasama antara Umno dan PAS sebelum ini, dihidupkan semula.
.
Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, cadangan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula MN merupakan kunci kepada kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah.

“Tahniah Ketua Pemuda Umno. Hidupkan kembali rundingan, tubuh JK (Jawatankuasa) Perunding.

“Sebaik sahaja Umno/BN isytihar keluar dari gabungan bersama PH (Pakatan Harapan) kita lancarkan terus Muafakat Nasional,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Akmal sebelum ini mencadangkan supaya kerjasama antara PAS dan Umno yang dijalankan menerusi MN sebelum ini dihidupkan semula, di tengah-tengah kemelut politik yang berterusan di Perlis.

“Dah beritahu sejak dulu lagi sebelum PRU15 untuk memperkasakan Muafakat Nasional bukan Perikatan Nasional.

“Hari ni baru nampak belang masing-masing,kena tikam belakang. Alang-alang bubar sekalilah Perikatan Nasional kita wujudkan semula muafakat nasional,’’ katanya.

Terdahulu malam tadi, PAS memaklumkan bahawa parti itu telah memecat keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis iaitu Adun Chuping, Saad Seman; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dari parti itu, serta merta.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan menghentikan keahlian ketiga-tiga mereka dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat parti dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

Berikutan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan, mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi tersebut kosong.

Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Chuping, Bintong dan Guar Sanji dalam masa terdekat. – 25 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related