HEADLINES

‘MN sudah rosak, corrupted, cari nama lain’, sindir Puad

Ahli MKT Umno menegaskan usaha menghidupkan semula kerjasama politik Melayu-Islam wajar dipertimbangkan, namun jenama MN tidak lagi sesuai kerana sarat dengan sejarah pahit dan tipu muslihat

1:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi menegaskan usaha menghidupkan semula kerjasama politik antara parti Melayu-Islam wajar dipertimbangkan, sambil mengingatkan jenama Muafakat Nasional (MN) tidak lagi relevan.

Menurutnya, nama MN sudah sarat dengan sejarah pahit, penuh tipu muslihat dan tidak lagi mencerminkan semangat muafakat yang tulen.

“Timbul desakan supaya dihidupkan semula Muafakat Nasional (MN). Apa salahnya mencuba. Tetapi cari nama lain.

“Tidak salah ambil semangatnya dan tujuan murninya. Buat nama baru agar sejarah pahit yang penuh tipu muslihat dibuang jauh jauh.

“Nama MN sudah rosak, corrupted dan telah dikomersilkan,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Puad menambah, jenama MN telah disalahgunakan sehingga menjejaskan kredibiliti gagasan itu sendiri.

Selain soal nama, beliau memberi amaran agar kerjasama politik baharu tidak mengulangi budaya lama, termasuk fenomena pemimpin menjadi ahli dalam pelbagai gabungan serentak.

“Tetapi jangan pula setelah dibuat badan baru, di sini dia ahli, di sana dia ahli dan di sinun dia juga ahli.
Kalau itu berulang lagi maka kita mengulang cerita lama. Main banyak lawang,” katanya.

Puad menegaskan, selagi muafakat dibina semata-mata atas asas politik dan perebutan kuasa, penyatuan tidak akan bertahan lama.

“Kuasa tetap menjadi punca kita berpecah belah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pendekatan membina persefahaman yang lebih tulen dan berprinsip diberi keutamaan, bagi mengelakkan episod pengkhianatan politik seperti ‘tebuk atap’ daripada berulang.

Puad turut merujuk insiden politik di Perlis sebagai peringatan bahawa ketiadaan persefahaman jelas boleh membawa kepada pengkhianatan dalam kalangan rakan sendiri.

“Lebih baik membina persefahaman agar tebuk atap atas kepala kawan sendiri seperti di Perlis tidak berlaku,” katanya lagi. – 29 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related