◉ HEADLINES

‘Kalau prestasi PM bagus, berapa penggal pun tak mengapa’ : Sanusi

Sanusi berkata jika seorang Perdana Menteri dilantik pada usia muda dan menjalankan tugas dengan cemerlang, namun kekangan perundangan akan menghalangnya daripada dilantik semula

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekiranya seseorang Perdana Menteri menunjukkan prestasi yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara, tidak menjadi masalah untuk memegang jawatan itu bagi tempoh yang lama, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, had penggal boleh merugikan negara sekiranya seorang pemimpin yang dilantik pada usia muda, menjalankan tugas dengan cemerlang.

Misalnya, kata beliau, jika seorang Perdana Menteri dilantik pada usia 40 tahun dan terbukti cemerlang, beliau tidak boleh dilantik semula hanya kerana kekangan perundangan tersebut.

“Kalau prestasi PM (Perdana Menteri) bagus, berapa penggal pun tak mengapa, sehingga 10 tahun, 10 penggal pun tak ada masalah. Kalau prestasi PM itu tidak bagus, tak payah tunggu habis satu penggal,” katanya, yang dipetik dari Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman.

Pada Khamis, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu berkata, Rang Undang-Undang (RUU) yang akan menetapkan had tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

Cadangan itu merupakan beberapa inisiatif reformasi institusi yang akan dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang.

Anwar berkata, sekiranya seseorang diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab, selepas itu adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, Anwar yang kini berusia 79 tahun mungkin sesuai dihadkan kepada dua penggal kerana jika dilantik bagi penggal berikutnya, usia beliau akan mencecah sekitar 85 atau 86 tahun pada penghujung tempoh tersebut.

“Anwar umur 79 tahun sekarang, sesuai hadkan kepada dua penggal sebab kalau jadi PM kali kedua, umur cecah 86 pada hujung penggal. Isunya di sini, bukan pada tempoh masa tetapi prestasi,” ujar beliau. – 6 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

◉ Related