HEADLINES

OP Optik : MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak standard

Penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui berisiko menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang boleh mengganggu rangkaian perkhidmatan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan mengancam integriti pasaran tempatan

8:09 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita 10,112 unit peralatan komunikasi disyaki tidak diperakui dianggar bernilai RM1 juta menerusi Op Optik di Klang dan Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menerusi kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pemeriksaan selama 19 jam bermula 12 tengah hari itu dijalankan susulan maklumat risikan hasil kerjasama strategik antara MCMC serta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), dengan penglibatan 69 pegawai, dilaksanakan selama 19 jam bermula 12 tengah hari.

MCMC menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat yang beroperasi di Klang dan Petaling Jaya, dipercayai terlibat dalam penjualan peralatan komunikasi tidak diperakui dan tidak mematuhi piawaian teknikal standard yang ditetapkan suruhanjaya itu.

“Antara peralatan disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar dan beberapa peralatan sokongan operasi premis seperti komputer, mesin cetak, telefon bimbit dan router WiFi,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut mendapati aktiviti pemasaran dan penjualan peralatan berkenaan dijalankan melalui pelbagai platform e-dagang dan media sosial.

Sebanyak 40 individu telah diambil keterangan awal manakala sembilan Notis Kehadiran telah dikeluarkan kepada individu termasuk pengarah syarikat, pengurus operasi, pembantu gudang, hos siaran langsung dan pencipta kandungan bagi menghadiri sesi rakaman percakapan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.

MCMC memaklumkan penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui berisiko menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang boleh mengganggu rangkaian perkhidmatan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan mengancam integriti pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengekang penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui demi melindungi kepentingan pengguna. – 6 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related