◉ HEADLINES

PAS patut pimpin Perikatan Nasional demi kestabilan: bekas pegawai Muhyiddin

Marzuki berkata apabila PAS memimpin Perikatan Nasional maka ia merupakan kali pertama dalam sejarah politik negara di mana sebuah parti Islam mengetuai gabungan nasional dan ia merupakan satu eksperimen baharu

9:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS patut memimpin Perikatan Nasional (PN) demi kestabilan gabungan berkenaan di mana parti yang lebih kuat mesti memimpin.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Dr Marzuki Mohamad menyuarakan padangan berkenaan susulan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari lalu.

“Parti mana yang patut memimpin PN selepas ini? Bagi saya PAS.

“Soal orang bukan Islam boleh terima atau tidak kita tolak ke tepi dulu. Untuk kestabilan PN buat masa ini, parti yang lebih kuat mesti memimpin,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Marzuki Mohamad. – Gambar media sosial, 12 Januari, 2026

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta PN mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN dan melantik pengerusi baharu.

Katanya, panggilan mesyuarat tergempar itu selaras Fasal 8.3(l)(b) perlembagaan gabungan itu.

Hadi sebelum ini memaklumkan jawatan pengerusi PN adalah dalam kalangan ahli PAS dan bukan Bersatu.

Bagaimanapun Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau tidak melihat jawatan tertinggi itu diisi parti yang memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak sebaliknya kemampuan pemimpin tidak kira daripada parti mana sekali pin.

Tegasnya, individu itu perlu sederhana, terangkum dan diterima semua lapisan masyarakat.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, apabila PAS memimpin Perikatan Nasional maka ia merupakan kali pertama dalam sejarah politik negara di mana sebuah parti Islam mengetuai gabungan nasional.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu eksperimen baharu, beliau berkata pasti ada pihak yang gusar dan ada yang akan mengkritik.

“Sudah tentulah ada pihak yang bimbang. Ada pihak yang gusar. Ada pihak yang mengkritik.

“Ada masanya kritikan disampaikan dengan lembut. Ada masanya pedas. itu demokrasi.
Terima sajalah kritikan. Jangan label pengkritik dengan bermacam label.

“Berjaya atau tidak eksperimen ini? Saya tidak tahu. Malah, saya belum yakin. Apapun saya ucapkan selamat berjaya,’’ katanya. – 12 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

MIPP president disavows MIC ties: why serve as a proxy for a party with waning support?

Perikatan coalition member wants to chart its own course as a party that represents the Indian community at large

RM230mil NGO fund misuse did not involve zakat institution funds: MACC

Investigators say the misappropriated money came from public donations and multiple sources, with part of it involving collections meant to be channelled to a state zakat body

KL traffic alert: Major road closures tomorrow for XTEP 10KM Time Trial 2026

Motorists are urged to plan ahead and avoid the Padang Merbok vicinity as police announce a four-hour lockdown on key city arteries

◉ Related