HEADLINES

Dewan Rakyat bermula esok, peralihan tempat duduk baharu Muhyiddin jadi tumpuan

Pertukaran itu dilaporkan dibuat atas permintaan Muhyiddin sendiri dan dalam susunan terkini tempat duduk Ahli Parlimen yang dimuatnaik dalam laman web Parlimen, beliau dipindahkan ke Blok E

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula esok akan menyaksikan beberapa perubahan termasuk pertukar tempat duduk selain kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa yang kosong.

Ia selepas Datuk Seri Rafizi Ramli serta Nik Nazmi Nik Aziz meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa pada Mei lalu. Kedua-duanya mengumumkan keluar dari PKR dan memilih Parti Bersama Malaysia.

Sementara kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang telah disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdu menerusi surat yang dihantar kepada beliau.

Laporan media menyebut, beberapa pertukaran tempat duduk akan berlaku dengan salah seorang adalah Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berubah ke Blok E, dan bersebelahan Datuk Radzi Jidin. – Gambar dari laman web Parlimen, 21 Jun, 2026

Pertukaran itu dibuat atas permintaan Muhyiddin sendiri dan dalam susunan terkini tempat duduk Ahli Parlimen yang dimuatnaik dalam laman web Parlimen, beliau dipindahkan ke Blok E.

Muhyiddin ditempat bersebelahan dengan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin.

Beliau sebelum ini pernah mengakui berasa janggal untuk duduk bersebelahan dengan Hamzah, selepas Ahli Parlimen Larut itu mengisytiharkan dirinya sebagai penentang utama Muhyiddin, setelah dipecat keahlian daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun kedudukan Hamzah tidak berubah dan duduk di barisan hadapan di blok pembangkang. Beliau duduk bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Maran serta Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang akan berlangsung pada 16 Julai ini akan menyaksikan kepada pembentangan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) termasuk pindaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, yang akan dibentang semula.

Selain itu, turut dijadualkan ialah pembentangan semula RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 yang bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Kedua-dua RUU berkenaan sebelum ini telah dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang lepas.

Pada Mac lalu, RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen lagi memilih untuk berkecuali.

Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Sementara RUU peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, telah dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat, untuk memberikan ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalus dan menelitinya.

Turut mendapat perhatian ialah RUU Jenayah Siber 2026, selain RUU (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijadual dibentangkan pada hari pertama persidangan dan akan dibahaskan pada esoknya.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lepas, setelah bersidang selama 20 hari. – 21 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related