◉ HEADLINES

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir kekecewaan kes tipu pakej haji, titah tindakan tegas

Lebih menyedihkan apabila pihak yang mengeksploitasi itu dalam kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menipu saudara seagama demi kepentingan peribadi, titah baginda

12:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan dukacita dan rasa kecewa terhadap peningkatan kes penipuan pakej haji melibatkan umat Islam di negara ini.

“Lebih menyedihkan apabila pihak yang mengeksploitasi itu dalam kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menipu saudara seagama demi kepentingan peribadi,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office.

Baginda menitahkan supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu atau syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji dengan mengambil kesempatan untuk menipu umat Islam.

Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam sentiasa memelihara kesucian ibadah haji dengan memastikan setiap urusan dibuat dengan ejen dan syarikat yang berlesen serta diiktiraf oleh pihak berkuasa untuk mengendalikan urusan haji dan umrah.

Pada masa sama, baginda turut mendoakan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur dan seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat.

“Sempena Aidiladha kali ini, diharapkan sekalian umat Islam mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan melaksanakan ibadah korban demi membantu yang miskin serta menginsafi nasib golongan yang lebih daif,” titah baginda yang turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh negara. – 7 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related