◉ HEADLINES

Bersatu tidak khianat, sabotaj PAS di Perlis: Muhyiddin

Bila mana keputusan telah dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kuasa mutlak Raja Perlis kita mesti hormati, kata Muhyiddin

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu menafikan ia mengkhianati PAS dan terlibat dalam krisis politik yang berlaku di Perlis, kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah kata Muhyiddin, Bersatu tidak memainkan sebarang peranan dalam mensabotaj PAS yang menyaksikan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli meletak jawatan.

“Kita tidak buat apa-apa. Saya dan parti tidak terlibat dengan perkara ini. Banyak pihak yang ada di Perlis mengaku bahawa kami tidak terlibat.

“Bila mana keputusan telah dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kuasa mutlak Raja Perlis kita mesti hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, malam tadi.

Krisis politik di Perlis tercetus selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu tiga daripada PAS dan lima daripada Bersatu dilaporkan menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Shukri.

Berikutan itu, tiga Adun PAS iaitu Adun Chuping, Saad Seman; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dipecat dari parti itu, serta merta.

Berikutan itu, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi tersebut kosong namun beliau mengesahkan telah menarik balik pemakluman berhubung keperluan bagi melaksanakan PRK di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat melalui Proviso kepada Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis. – 13 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Indonesia mulls banning Telegram, Bigo Live over porn, gambling promotion

Neighbouring nation’s comms minister says team now conducting studies, platforms will be blocked if evidence found

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related