HEADLINES

Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait rasuah dibeku sementara: PM

Pembekuan sementara itu akan dilakukan sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah akan dibekukan sementara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ia akan dijalankan sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Menurut Anwar, kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

“Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini.

“Kita akan ambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan, supaya proses dipatuhi sepenuhnya,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menyatakan, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan penyiasatan, namun menegaskan rasa tidak senang terhadap perkembangan kes dan isu rasuah, yang menuntut tindakan tegas dan menyeluruh daripada agensi penguatkuasaan. 

“Kalau RM10 juta atau RM20 juta diambil cara tidak sah, jumlah itu sepatutnya digunakan untuk kerja pasukan tentera atau projek-projek kecil.

“Kita tidak senang dengan perkembangan ini, dan jika tiada tindakan tegas menyeluruh, kita akan menanggung bala dan kesan buruk terhadap ekonomi rakyat,” katanya.

Anwar menekankan bahawa kefahaman rakyat mengenai usaha membanteras rasuah perlu diperluaskan kepada walaupun ada tindakan diambil, masih ada pihak yang memandang ringan isu itu.

“Ada suara-suara yang mempertahankan… di Parlimen misalnya, apabila tindakan diambil terhadap bekas menteri yang memiliki kekayaan berbilion, kadang-kadang disinggung dan disanggah.

“Ini bukan untuk didukung atau diberikan kerjasama. Budaya buruk dan merosakkan ini harus diperbaiki segera,” tegasnya. – 16 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

Related