HEADLINES

MCMC siasat dakwaan China Press silap terjemah titah Agong

Menteri Komunikasi berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

11:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat isu kandungan dalam talian terbitan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh MCMC susulan aduan rasmi yang dibuat orang awam.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam atau menjejaskan keharmonian.

“Sekiranya ada laporan polis dibuat, perkara tersebut adalah berasingan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Dalam ada itu, Fahmi turut menggesa Majlis Media Malaysia sebagai sebuah badan bebas, memainkan peranan yang diperuntukkan kepadanya, iaitu memastikan pematuhan etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat.

Katanya, Majlis Media Malaysia menjadi platform pengawalseliaan kendiri bagi menangani aduan dan isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen yang melampau atau bersifat fitnah, khususnya di media sosial, serta sentiasa menghormati institusi Raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan,” katanya.

Semalam, China Press dalam satu muat naik di Facebook berkongsi titah Sultan Ibrahim dengan tajuk ‘tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia’ sebelum menukarnya kepada ‘kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia’.

Terdahulu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung dilaporkan membuat laporan polis terhadap China Press susulan penyiaran laporan berita dalam talian dengan tajuk (thumbnail) yang didakwa memesongkan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara semalam.

Difahamkan kesilapan terjemahan titah Seri Paduka Baginda itu membabitkan Bahasa Melayu. – 20 Januari 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related