HEADLINES

Pelajar UM, Nawal Shahirah sudah ditemui, jalani rawatan psikiatri

Nawal hadir sendiri ke HKL bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital pada 28 Januari lalu

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu, ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat, Nawal Shahirah didapati sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jelasnya, Nawal hadir sendiri ke HKL bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital pada 28 Januari lalu.

“Hasil semakan polis bersama Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati orang hilang (OH) disahkan sedang menerima rawatan psikiatri di hospital berkenaan.

“Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad bagi tujuan pemerhatian kesihatan mental,” katanya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Shamsudin berkata, siasatan awal mendapati Nawal dipercayai mengalami tekanan perasaan susulan kematian ibunya.

Sementara itu, satu hantaran Instagram oleh Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) turut mengesahkan bahawa Nawal Shahirah telah ditemui dan berada dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, hantaran tersebut memaklumkan bahawa beliau telah memohon agar privasinya dihormati buat masa ini.

Terdahulu, Nawal dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir dilihat di sebuah kondominium di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Nawal adalah pelajar Tahun Tiga Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di UM. – 2 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related