HEADLINES

MoF teliti penggunaan MyKad untuk minyak masak bersubsidi

Integrasi dengan SARA, eCOSS bagi pastikan subsidi tepat sasaran

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad, termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam penjualan minyak masak bersubsidi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang dijalankan, khususnya melibatkan penggunaan MyKad untuk Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

“Pendekatan ini dapat membendung ketirisan dan memastikan subsidi disalurkan secara mudah, adil dan tepat kepada golongan sasar. Infrastruktur sedia ada dimanfaatkan tanpa menambah beban rakyat, sekali gus menjamin hanya warganegara layak menikmati subsidi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH–Tebrau) mengenai rancangan kerajaan untuk mereplikasikan kejayaan mekanisme penyelarasan subsidi Budi Madani (Budi95) ke barangan lain seperti minyak masak dan gula.

Amir Hamzah menegaskan penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan terbukti berkesan, dengan sistem BUDI95 memproses purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa gangguan. Tahap penggunaan tinggi itu menunjukkan MyKad stabil, mudah diakses dan diterima baik rakyat.

“Keberkesanan ini turut disokong pelaksanaan SARA 2025 yang merekodkan kadar penggunaan 99 peratus melalui MyKad,” katanya.

Pada 29 Januari lalu, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, memaklumkan kementeriannya sedang berbincang dengan MOF mengenai cadangan penggunaan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak peket bersubsidi. – 12 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related