HEADLINES

Andrew Mountbatten-Windsor ditahan atas dakwaan salah laku

Disifatkan sebagai satu perkembangan yang belum pernah berlaku dalam era moden Britain, penahanan itu menjadi tamparan terbaharu kepada bekas kerabat diraja yang digugurkan itu, yang ditahan pada hari sambutan ulang tahunnya yang ke-66 pada Khamis

8:38 PM MYT

 

LONDON – Bekas putera Britain, Andrew Mountbatten‑Windsor, ditahan pada Khamis atas dakwaan salah guna kuasa semasa bertugas sebagai utusan perdagangan.

Tangkapan dijalankan ketika polis United Kingdom (UK) menjakankan siasatan terhadap dakwaan yang dikaitkan dengan fail Jeffrey Epstein.

Disifatkan sebagai satu perkembangan yang belum pernah berlaku dalam era moden Britain, penahanan itu menjadi tamparan terbaharu kepada bekas kerabat diraja yang digugurkan itu, yang ditahan pada hari sambutan ulang tahunnya yang ke-66 pada Khamis.

Andrew tahun lalu dilucutkan semua gelarannya selepas dipaksa keluar dari kediaman lamanya oleh abangnya, Raja Britain Raja Charles III, lapor AP.

“Kami hari ini (19/2) telah menahan seorang lelaki dalam lingkungan usia 60-an dari Norfolk atas syak wasangka salah laku dalam jawatan awam,” menurut kenyataan Polis Thames Valley, tanpa menamakan suspek seperti amalan biasa di UK.

Minggu lalu, pendedahan terbaru menunjukkan Andrew didakwa menghantar dokumen yang berpotensi sulit kepada Epstein yang disabitkan kesalahan jenayah seks di AS ketika beliau berkhidmat sebagai utusan perdagangan UK.

Dalam satu e-mel bertarikh November 2010 yang dilihat AFP, Andrew kelihatan berkongsi laporan mengenai Vietnam, Hong Kong, Shenzhen dan Singapura selepas lawatan rasmi ke Asia.

Bekas kerabat diraja itu, kini dikenali sebagai Andrew Mountbatten-Windsor, juga dilaporkan menghantar butiran perjalanan tersebut — yang turut disertai rakan perniagaan Epstein serta peluang pelaburan beberapa bulan kemudian.

Andrew dilucutkan gelaran selepas salah seorang mangsa Epstein mendakwa beliau telah diperdagangkan untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau sebelum ini menafikan sebarang salah laku berkaitan hubungannya dengan Epstein.

Sementara Charles III telah menyuarakan “kebimbangan” terhadap tindakan adiknya dan minggu lalu mengeluarkan kenyataan luar biasa menyatakan Istana Buckingham “bersedia menyokong” polis dalam siasatan mereka.

Garis panduan rasmi menetapkan bahawa utusan perdagangan mempunyai tanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat sensitif, komersial atau politik berkaitan lawatan rasmi mereka, menurut BBC.

Andrew, yang hubungannya dengan Epstein mencetuskan kontroversi, berkhidmat sebagai utusan perdagangan Britain selama sedekad bermula 2001.

Sekurang-kurangnya sembilan pasukan polis UK mengesahkan mereka sedang menilai laporan yang kelihatan mengaitkan bekas putera itu dengan Epstein. – 19 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related