Penduduk nekad tolak calon yang hanya pandai ‘main wayang’ dan TikTok

Kawasan berkenaan perlukan satu perancangan khusus bagi memastikan mukim berkenaan menjadi tarikan pelancong sama seperti Melaka.

10:01 PM MYT

 

MUAR — Penduduk di Simpang Jeram, di sini, berharap wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai lokasi destinasi pelancongan utama, bukan tempat yang hanya dilawati pada hujung minggu sahaja.

Menurut seorang peniaga di situ, Pong Kim Hwee, 57, bagi tujuan itu, satu perancangan khusus perlu dilaksanakan bagi memastikan mukim berkenaan menjadi tarikan pelancong, sama seperti Melaka.

“Mesti dicari inisiatif untuk bangunkan Simpang Jeram supaya memberi impak kepada peniaga dan dalam masa sama, meningkatkan ekonomi mereka. Kekurangan pengunjung juga mesti diatasi.

Pong Kim Hwee mahu kemudahan infrastruktur terutama jalan raya ditambah baik bagi menarik pelancong ke kawasan berkenaan. – Gambar Scoop, 1 Septermber, 2023

“Saya lihat tempat ini hanya dikunjungi pada hari minggu sehingga menyebabkan peniaga di sini memperoleh pendapatan pada tempoh itu sahaja. Kena cari jalan bagaimana untuk menarik orang ramai datang ke Simpang Jeram berbanding hanya fokus untuk menetap di  pekan Muar,” katanya ketika ditemui Scoop, hari ini. 

Sementara Fook Siew Lei, 45, pula mahu kemudahan infrastruktur jalan raya termasuk jalan alternatif ditambah baik bagi kemudahan pelancong.

“Apabila infrastruktur bertambah baik, jumlah pelancong juga pasti bertambah sekali gus memberi impak kepada masyarakat setempat.

“Penduduk Simpang Jeram pasti mendapat manfaat dengan peningkatan pendapatan yang lebih baik, berbanding sebelum ini,” katanya yang juga seorang peniaga.

Sementara itu, peniaga makanan, Hassan Abdullah, 48, pula mahukan wakil rakyat yang mudah dihubungi dan sentiasa berada di kawasan, bukan yang hanya ‘singgah’ secara bermusim sehingga tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Jelasnya, penduduk mahu seorang wakil rakyat yang mampu menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta kerajaan di samping calon yang hanya yang hanya gah di media sosial tetapi gagal membantu masyarakat setempat.

“Kalau setiap kali ada aduan sebelum ini, yang datang hanyalah pegawai khas atau wakil sahaja. Rakyat mahukan Adun yang mudah didekati. Itu harapan kita di Simpang Jeram. 

“Ini kerana beliau menjadi rujukan kepada rakyat setiap kali ada sebarang masalah. Kita tidak mahu pemimpin yang hanya mampu ‘main wayang’ dan ‘bertiktok’ sahaja. Kita mahu pemimpin yang boleh membantu,” katanya.

PRK DUN Simpang Renggam dan Parlimen Pulai akan diadakan pada 9 September ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – 1 September, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related