HEADLINES

Azam Baki sudah beri keterangan kepada Jawatankuasa Khas berhubung isu saham

Jawatankuasa itu masih dalam proses menilai segala keterangan yang telah diperoleh serta akan memanggil saksi-saksi lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki telah memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham pada Khamis lepas.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal yang diterima, jawatan itu sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham tersebut oleh Azam Baki.

“Jaawatankuasa itu telah bersidang pada 19 Februari lalu dan memanggil Azam Baki untuk memberikan keterangan berhubung pemilikan saham berjumlah 17.7 juta dengan harga belian sebanyak RM1.416 juta dalam syarikat Velocity Capital Partner Bhd. 

“Jawatankuasa juga masih dalam proses menilai segala keterangan yang telah diperoleh serta akan memanggil saksi-saksi lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan terhadaр perkara ini,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan secara telus, bebas dan profesional.

“Hasil siasatan dan syor pertimbangan bagi tindakan selanjutnya akan diangkat kepada pihak yang berkuasa termasuk sekiranya didapati wujud sebarang pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang jenayah atau peraturan yang berkuat kuasa,’’ katanya.

Azam Baki sebelum ini berkata beliau tidak lagi memiliki sebarang saham di mana-mana syarikat dan semua urus niaga sebelum ini dijalankan dengan telus serta mematuhi sepenuhnya peraturan kerajaan, selain memaklumkan akaun dagangannya kini kosong yang boleh disahkan dengan Bursa Malaysia.

Bagaimanapun berikutan dakwaan yang dibuat oleh media antarabangsa berhubung isu saham itu, beberapa pihak telah menggesa supaya Azam Baki disiasat.

Berikutan itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bagi menyiasat dakwaan serta perkara berbangkit berhubung pemilikan saham dikaitkan dengan Azam Baki.

Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata polis akan merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan telah dibuka dan pihaknya menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada pihak yang berkaitan.

“Insya-Allah perkembangan dikemas kini dari semasa ke semasa dan kertas siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya. – 22 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related