HEADLINES

NCER catat RM78.95 bilion pelaburan, wujud lebih 23,000 pekerjaan pada 2025

Perdana Menteri berkata pencapaian 2025 itu turut melahirkan 4,000 bakat tempatan melalui program NTIC, dengan perancangan 2026 memberi fokus kepada pelaburan berkualiti tinggi di Kedah Rubber City, CVIA Perlis dan Langkawi

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM78.95 bilion dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan sepanjang 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di laman X, Perdana Menteri berkata pencapaian itu dimaklumkan pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-35 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa NCER melahirkan 4,000 bakat tempatan tahun lalu melalui program Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC), sekali gus memenuhi keperluan pelabur dan industri.

Fokus 2026 dan seterusnya

Mesyuarat kali ini turut membincangkan perancangan 2026 dengan fokus mempercepatkan realisasi pelaburan berkualiti tinggi di wilayah utara.

“Ini termasuk beberapa pelaburan berpotensi terkait Kedah Rubber City (KRC) dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis,” kata Anwar.

Beliau menambah, inisiatif memperluas ekosistem pelaburan di kawasan sempadan Malaysia–Thailand serta kajian meningkatkan daya saing pelancongan di Pulau Langkawi turut diberi perhatian. – February 23, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related