HEADLINES

Kerajaan tidak terburu-buru putuskan pendirian Malaysia berhubung ART : PM

Isu ART dipantau rapat bukan sahaja oleh negara ini malah seluruh dunia dan pada masa sama kerajaan juga mengambil kira implikasi serta kesan susulan

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk memutuskan pendirian berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat dan akan terus memantau perkembangan perjanjian itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, Kabinet juga akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini berhubung isu berkenaan.

“Untuk kita nilai betul-betul dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) terutamanya sekarang sedang meneliti semua aspek-aspek terperinci. Jadi Menteri ditugaskan untuk berikan semua aspek, supaya keputusan kita itu (adalah) keputusan yang waras,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap keputusan mahkamah agung AS yang mengisytiharkan tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump sebagai tidak sah, di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar memberitahu, perkara itu dipantau rapat bukan sahaja oleh negara ini malah seluruh dunia dan pada masa sama kerajaan juga mengambil kira implikasi serta kesan susulan.

“Jadi saya nak tanya, mengapa kita nak terburu-buru? Kerana Mahkamah Agung Amerika putuskan tiga hari yang lalu… hari ini kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung? Saya tidak setuju.

“Kita akan terus pantau perkembangan ART ini kerana keputusan Mahkamah Agung AS masih belum muktamad dan kita tunggu pendirian kongres. Malah, Presiden Trump boleh menggunakan beberapa peruntukan undang-undang lain bagi mengekalkan tarif diputuskan sebelum ini,’’ katanya.

Pada 20 Februari lepas, Mahkamah Agung AS telah membatalkan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA) yang menjadi asas tindakan Trump termasuk membabitkan tarif timbal balas.

Trump kemudian dilaporkan berkata beliau akan menaikkan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus berikutan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan kebanyakan langkah perdagangannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan kerajaan perlu diberi ruang untuk meneliti perkembangan dan implikasi keputusan eksekutif AS, terutamanya ke atas hubungan dua hala Malaysia-AS yang bernilai RM367.5 bilion.

Anwar juga memberitahu, tarif 15 peratus akan dikenakan ke atas Malaysia bagi tempoh 150 hari.

“Kesan keputusan eksekutif ini (tarif sebanyak 15 peratus) memberi kesan sementara yang baik kepada Malaysia kerana ia turun dari 19 peratus.

“Malah, sehingga semalam, kita masih belum mendapat tarikh ratifikasi ART dari pihak AS, jadi ia masih juga tertangguh di situ,” katanya lagi.

“Ini soal ekonomi besar, ekonomi yang melibatkan puluhan ribu rakyat dan ratusan bilion dana, jadi saya kata beri ruang kepada kerajaan dahulu,” katanya. – 24 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related