◉ HEADLINES

Prasarana diarah beri penjelasan, APAD siasat insiden kerosakan LRT: Loke 

Beliau juga mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat insiden-insiden tersebut dan mengambil tindakan terhadap Prasarana sekiranya terbukti berlaku kelemahan operasi yang tidak munasabah

7:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana untuk memberikan penjelasan dalam mesyuarat pasca-Kabinet susulan beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya.

Dalam kenyataannya, Loke memberitahu, beliau juga mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyiasat insiden-insiden tersebut dan mengambil tindakan terhadap Prasarana sekiranya terbukti berlaku kelemahan operasi yang tidak munasabah.

“Saya memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

“Rakyat berhak menuntut mutu perkhidmatan yang lebih efisien dan boleh diharap,’’ katanya.

Terdahulu, ruang media sosial dipenuhi dengan kemarahan pengguna pengangkutan awam itu yang tidak berpuas hati kerana hampir setiap hari berlaku gangguan teknikal berlaku.

Keadaan in menyebabkan beberapa stesen termasuk di Stesen Sri Rampai, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan yang lain penuh sesak dengan penumpang.

Malah lebih memburukkan keadaan, adalah kerosakan berlaku ketika waktu Magrib, iaitu semasa umat Islam berkejar untuk pulang ke rumah bagi berbuka puasa.

Keadaan ini mencetuskan persoalan mengenai tahap penyelenggaraan yang dijalankan terhadap pengangkutan awam itu. – 24 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related