HEADLINES

Petros gagal cabar Petronas, tuntutan RM7.95 juta sah

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Petros, mengesahkan tuntutan jaminan bank Petronas sah di sisi undang-undang, dengan isu perlembagaan akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk mencabar tuntutan jaminan bank oleh Petronas berjumlah RM7.95 juta, sekali gus mengesahkan tuntutan itu sah di sisi undang-undang.

Peguam Petronas, Datuk Dr Cyrus Das, berkata keputusan hakim jelas menunjukkan Petros gagal membuktikan tuntutan berkenaan tidak wajar atau menyalahi undang-undang.

“Ini bermakna tuntutan jaminan bank oleh Petronas telah diiktiraf sebagai sah,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah, manakala Penasihat Undang-Undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong, mewakili Petros.

Mengenai isu perlembagaan yang dibangkitkan, Cyrus menjelaskan mahkamah memutuskan perkara tersebut berada di luar skop saman pemula.

“Mahkamah memutuskan bahawa persoalan perlembagaan berkaitan PDA 1974 dan DGO 2016 akan ditentukan di peringkat persekutuan.


Pada 16 Mac, Petronas akan memohon kebenaran untuk merujuk perkara ini ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Petros membayar kos guaman sebanyak RM50,000 kepada Petronas.

Sebelum ini, Petros memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching bagi menghalang Petronas daripada menuntut jaminan bank RM7.95 juta, dengan alasan Petronas tidak memiliki lesen sah di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) Sarawak untuk beroperasi di negeri itu. – 25 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related