HEADLINES

Kebakaran kilang di Sengkang: Tiga lagi sekolah di Kulai terpaksa ditutup – Teo Nie Ching

Setakat ini lima sekolah ditutup dengan pelajar akan mengikuti sesi persekolahan menerusi PdPR

9:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lagi sekolah di Kulai terpaksa ditutup susulan kebakaran kilang getah di kawasan perindustrian Sengkang sejak kelmarin, kata Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata, dengan penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai, Sekolah Agama (SA) Taman Kota Kulai dan SK Taman Kota Kulai 2 itu, ia menjadikan keseluruhan lima buah sekolah ditutup setakat ini.

Semalam, dua sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang dan SJKC Kulai Besar telah diarahkan tutup susulan asap dan bau kebakaran di kawasan terbabit yang berpotensi menjejaskan kesihatan warga sekolah jika mereka terdedah kepadanya.

“Api masih dikesan aktif dan pihak Bomba masih meneruskan operasi pemadaman dan berdasarkan makluman daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai, penutupan sementara dan penangguhan sesi persekolahan telah berkuat kuasa semalam.

“Murid-murid berkenaan akan menjalani Pengajaran dan Pembejaran di Rumah (PdPR).

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dalam kenyataannya memaklumkan, secara keseluruhan, kualiti udara di kawasan sekitar didapati berada pada tahap tidak membimbangkan dan tiada bahan pencemar berbahaya dikesan setakat ini.

“Bagaimanapun pemantauan berterusan masih dilaksanakan oleh pihak Jabatan bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara,’’ katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri memaklumkan 75% kebakaran dapat dipadamkan daripada 95% keseluruhan kilang yang terbakar sehingga 5.50 petang semalam. – 26 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Konsert My Chemical Romance di KL ditangguhkan ke November 2026

Semua tiket untuk tarikh asal kekal sah untuk tarikh yang baharu

Related