◉ HEADLINES

Rafizi ada hingga hari ini untuk jawab surat tunjuk sebab

Setiausaha Agung PKR berkata kenyataan Rafizi mengenai PRU16 dan kemungkinan keluar parti boleh menimbulkan persepsi bahawa beliau sudah berhasrat meninggalkan PKR

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi tempoh sehingga hari ini kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk menjawab isu beliau dilaporkan mengisytiharkan keluar parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan pada 23 Februari lalu, dengan bekas Timbalan Presiden PKR itu diberi lima hari untuk memberikan penjelasan rasmi.

“Apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRU16 dan kemungkinan keluar daripada parti, ia boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud niat untuk meninggalkan parti,” katanya pada sidang media selepas Program Walkabout Bazar Ramadan Rahmah (BBR) 2026 Zon Timur, hari ini.

Bukan hukuman, tetapi ruang penjelasan

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, surat tunjuk sebab itu bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi peluang kepada Rafizi menjelaskan keadaan sebenar.

“Sebaik-baiknya perkara ini dilakukan mengikut perlembagaan parti kerana perlembagaan jelas menyebut dalam Fasal 9.1(c) mengenai pengisytiharan anggota itu sendiri bahawa beliau keluar daripada parti,” katanya.

Beliau menambah, tempoh lima hari itu adalah adil kerana memberi ruang sewajarnya dan mengelakkan tindakan terburu-buru tanpa penjelasan.

Keputusan akan dibincang 1 Mac

Fuziah memaklumkan, sebarang maklumat lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mac ini.

Isu timbul selepas Rafizi dalam temu bual bersama media Cina tempatan baru-baru ini membayangkan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16 meskipun tanpa sokongan PKR dan bukan atas tiket parti itu. – 28 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related