HEADLINES

Kes tembak Komander AKPS: Dua lagi ditahan

Tangkapan terbaharu ini dibuat malam tadi hasil siasatan lanjut ke atas kumpulan pertama yang ditahan sebelum ini

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lagi individu ditahan berhubung kes tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, kedua-duanya yang berusia 52 dan 58 tahun ditahan Bukit Kayu Hitam, malam tadi.

Ia menjadikan keseluruhan sembilan orang ditahan setakat ini.

Menurut Saifuddin, kedua-dua suspek akan disoal siasat dalam tempoh 24 jam pertama, dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman selepas itu, lapor Bernama.

“Hasil tangkapan kumpulan pertama sebelum ini dan selepas siasatan lanjut, kami mengenal pasti dua lagi suspek yang membawa kepada tangkapan terbaharu malam tadi,” katanya, pada sidang media di Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Saifuddin turut melawat pintu masuk AKPS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Sebelum ini, polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita Thailand berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu dalam beberapa serbuan di sini dan Padang Besar, Perlis pada hari yang sama selepas kejadian.

Insiden itu menyaksikan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M. Nasir ditembak pada 5.40 pagi di susur masuk Masjid Muhajirin di sini, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Suspek yang menaiki sebuah motosikal melepaskan dua das tembakan dipercayai menggunakan senjata separa automatik ke arah kenderaan mangsa.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, Mohd Nasaruddin telah memaklumkan polis bahawa dirinya diekori individu tidak dikenali sebelum kejadian.

“Mohd Nasaruddin turut memberikan maklumat berkaitan fizikal dan perwatakan individu yang dipercayai mengekorinya sekali gus membantu polis membuat pemprofilan sebelum menahan kedua-dua suspek,’’ katanya. – 28 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt commits RM24mil to bring FIFA World Cup 2026 to every Malaysian screen: Fahmi

Fans nationwide will enjoy full tournament coverage via RTM, Unifi TV, and public viewing events under MADANI government initiative

Related