HEADLINES

Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan had tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri

Keputusan belah bahagian itu menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi

7:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri selepas tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan belah bahagian itu menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.

Ia diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas RUU itu dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Pindaan Perlembagaan berkenaan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga, iaitu 148 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata pindaan berkenaan adalah satu pembaharuan institusi bersifat progresif.

“Ini tanpa mengubah struktur asas Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan serta tidak menjejaskan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri berdasarkan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat,” katanya, lapor Bernama.

Ketika sesi itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit mencelah berhubung keperluan mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja bagi pindaan berkenaan kerana berpendapat ia menyentuh keistimewaan dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Azalina berkata pindaan terhadap Perkara 43 itu tidak termasuk dalam kategori yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja kerana ia tidak menyentuh kedaulatan, prerogatif atau kedudukan peribadi Raja-Raja Melayu. – 2 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related