HEADLINES

‘Jangan kelirukan rakyat’

Rafizi dinasihati beri kerjasama kepada SPRM berhubung perjanjian mega RM1.1 bilion

3:39 PM MYT

 

SUNGAI BULOH – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diminta memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan perjanjian mega yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion, selain berhenti daripada mengelirukan rakyat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan menjawab ketika ditanya, Rafizi perlu menjelaskan dakwaan berhubung pemberian kontrak kepada kenalannya yang dibangkitkan, bukannya mengalih isu dengan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Sumbangan Bakul Makanan dan Edaran Bubur Lambuk Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) 2026 di Dewan MPKS Saujana Utama, di sini semalam.

“Isu yang dibangkitkan bukan tentang beliau mengambil jumlah RM1.1 bilion itu. Yang dipersoalkan ialah sama ada kontrak berkenaan diberikan kepada kenalannya. Itu yang perlu dijawab secara berfakta,” katanya.

Ramanan menegaskan Rafizi harus memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak mengheret rakyat dengan dakwaan atau tormahan yang tidak betul.

“Bukan pergi sana, cari perkara lain, ‘goreng-goreng’ dan ‘masak-masak’, kemudian lemparkan tuduhan terhadap kerajaan. Jangan buat begitu dan jangan kelirukan rakyat. Jangan ingat boleh menabur fitnah terhadap Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau parti (PKR). Kita juga ada had kesabaran,” tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi dikaitkan dengan perjanjian mega Kementerian Ekonomi bernilai RM1.1 bilion antara kerajaan Malaysia dan sebuah syarikat asing. SPRM turut dilaporkan telah merakam keterangan seorang bekas menteri Kerajaan Madani berhubung siasatan tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam mengesahkan 12 individu, termasuk ketua setiausaha kementerian dan wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), telah dipanggil memberi keterangan. Bagaimanapun, setakat 5 Mac lalu, Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan masih belum memberi keterangan.

Dalam pada itu, Ramanan turut membidas tindakan Rafizi yang dilihat kerap mengkritik kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kebelakangan ini, ia sudah menjadi sandiwara. Semua yang kerajaan lakukan dianggap salah, manakala semua yang beliau lakukan dianggap betul. Beliau juga pernah menjadi Menteri Ekonomi sebelum ini. Jadi rakyat berhak menilai apa sebenarnya pencapaiannya,” katanya. – 8 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related