HEADLINES

‘Kalau Ahli Parlimen Machang tak tahu apa apa, dia patut diam’ kata Fahmi pada Wan Fayhsal

Dalam nada menyindir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata mungkin Wan Fayhsal mencetak sendiri draf tersebut

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dinasihatkan berdiam diri susulan dakwaan wakil Perdana Menteri telah menyerahkan draf perjanjian kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalam nada sindiran, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata mungkin Wan Fayhsal mencetak sendiri draf tersebut.

Ini kerana sebelum ini beliau pernah menyatakan untuk menyelesaikan masalah ekonomi, kerajaan perlu mencetak wang.

Fahmi berkata, beliau sudah menyemak perkara berkenaan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) serta Ketua Setiausaha Politik dan mendapati tiada sebarang draf diberikan.

“Saya percaya MP Machang mungkin terasa terpanggil untuk menyelamatkan keadaan kerana (perkara) yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam Parlimen pada Khamis lalu, kata ada draf.

“Tetapi TPM (Datuk Seri Fadillah Yusof) yang duduk bersama Ketua Pembangkang apabila melaporkan ke Kabinet menyatakan tidak ada sebarang draf dan perkara ini disahkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri,’’ katanya.

Terdahulu, Wan Fayhsal mendakwa Perdana Menteri menerusi wakilnya sudah menyerahkan draf dokumen perjanjian mengenai peruntukan kepada wakil rakyat bukan kerajaan kepada Ketua Pembangkang.

Jelasnya, tidak semua perkara perlu dimaklumkan oleh Perdana Menteri kepada setiap orang di sekelilingnya.

“Bukan semua benda PMX nak cerita dengan kamu macam dia buat ‘deal’ dengan Bagan Datok dulu. Memanglah Timbalan Perdana Menteri dan kamu tak tahu. Bukan ‘fake news’,” katanya menjawab hantaran Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari di platform X. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Related