HEADLINES

Ops Ponteng: Penjawat awam antara 8 ditahan tidak puasa di pusat snuker

Di sebalik keberkatan Ramadan, sebuah pusat snuker di Ipoh didapati menyediakan makanan percuma, ruang merokok dan berjudi

11:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lapan individu termasuk seorang penjawat awam ditahan dalam Ops Ponteng di sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, Ipoh — lokasi yang didakwa menjadi ‘port rahsia’ bagi mereka yang ponteng puasa dan terbabit kegiatan judi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Asyraf Ismail, berkata operasi itu hasil risikan selama seminggu, selepas premis berkenaan dikenal pasti menyediakan ruang makan, minum dan merokok secara terbuka, malah menawarkan mi goreng percuma kepada pelanggan.

“Risikan mendapati premis ini menjadi tempat orang Islam yang tidak berpuasa berkumpul. Kita jumpa mereka makan, minum dan merokok, selain ada yang berjudi,” katanya lapor Harian Metro.

Lapan yang ditahan semalam berusia 36 hingga 59 tahun, lima disiasat mengikut Seksyen 24 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 kerana tidak menghormati Ramadan, manakala tiga lagi atas kesalahan berjudi dan bersubahat.

Seorang pekerja bukan Islam turut ditahan kerana disyaki bersubahat melakukan kesalahan.

Lebih mengejutkan, seorang penghantar makanan yang mendakwa singgah untuk membuang air kecil didapati merokok di dalam premis, berdasarkan bukti visual yang diperoleh pihak berkuasa.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah JAIPk untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 24, 26 dan 61 Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992. – 11 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related