HEADLINES

Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh parti: Amirudin

Menteri Besar Selangor itu yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya diterima mampu memperkukuh parti berkenaan, terutamanya di Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik. 

“Saya percaya kami boleh bekerjasama dengan erat, kebetulan saya memang bekerjasama erat dengan beliau hatta dalam pentadbiran sebelum ini sewaktu beliau Menteri Kewangan.

“Sekarang beliau Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita turut bekerjasama contoh dalam bidang aeroangkasa dan semikonduktor, kami mempunyai kolaborasi yang jitu, kalau beliau berada dalam satu parti saya percaya kerjasama ini akan lebih erat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di sini Dewan Seri Siantan Selayang di sini hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh hari ini memaklumkan PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan, setakat ini.

Menjelas lanjut, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menyatakan keyakinan bahawa hubungan parti itu dengan UMNO tidak akan terjejas kerana telah wujud persefahaman antara kedua-dua pihak. 

Mengenai desas-desus bahawa penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR adalah bagi menggantikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin berkata: “Pada pendapat saya, terlalu panjang ceritanya, saya tak rasa ada jalan itu sebab nak kena buat pilihan raya kecil lagi”.

“Kita hanya berbaki dua tahun setengah, jadi tidak banyak kita boleh aturkan, kita kena lihat lagi sebarang perkembangan terkini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak. 

Amirudin sempat berseloroh meminta Tengku Zafrul yang akan menunaikan ibadah haji supaya mendoakan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor. – 31 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related