HEADLINES

Ketua Pembangkang dari PAS akan diumum hujung bulan ini : Samsuri

Sehingga tempoh berkenaan, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu akan kekal sebagai Ketua Pembangkang

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan Ketua Pembangkang yang baharu dari PAS bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebelum akhir bulan ini.

Menurut pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, sehingga tempoh berkenaan, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu akan kekal sebagai Ketua Pembangkang.

“Ada satu dua proses lagi yang perlu diselesaikan …selepas ada keputusan nanti, ia akan dimaklumkan pada Speaker,’’ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN, di sini, hari ini

Hamzah, yang merupakan Ahli Parlimen Larut, dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.

Susulan itu, kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang telah mencetuskan persoalan dengan pemimpin Bersatu mendesaknya meletak jawatan.

Pada 22 Februari lalu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti komponen PN mencadangkan Pas mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang memandangkan parti itu mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Samsuri turut mengumumkan Takiyuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari 2026.

Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula dilantik menjadi bendahari agung, iaitu jawatan yang kosong sejak 11 Disember 2024 berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Ahmad Samsuri.

Tempat Sanusi sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN diambil alih oleh Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin. – 14 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related