HEADLINES

Khairy dijangka sertai semula Umno di Sungai Buloh

Tanpa menuntut sebarang kerusi, Khairy kembali ke pangkuan Umno dengan satu permintaan sahaja – nombor keahlian lamanya selain melihat ia sebagai langkah strategik untuk menguatkan parti menjelang PRU akan datang

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keahlian bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dijangka disahkan di sebuah cawangan parti dalam Bahagian Sungai Buloh, Selangor, sekali gus menandakan kepulangannya selepas lebih dua tahun tersisih.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata parti menerima dengan terbuka hasrat Khairy untuk kembali aktif.

“Kita menerima dengan hati terbuka penyertaan semula beliau yang ingin kembali aktif dalam Umno. Sudah pasti ada peranan yang boleh kita berikan kepada beliau untuk membantu mengembalikan kekuatan Umno Selangor,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Khairy telah menyerahkan surat rayuan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu pertemuan malam kelmarin. Ahmad Zahid mengesahkan menerima surat tersebut, yang membuka jalan kepada proses kemasukan semula Khairy.

Khairy sebelum ini dipecat daripada Umno pada Januari 2023 bersama beberapa tokoh lain termasuk bekas Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan. Turut digantung keahlian ialah bekas Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Mengulas sama ada Khairy bakal diberikan kerusi untuk menarik sokongan anak muda pada Pilihan Raya Umum akan datang, Megat Zulkarnain menegaskan perkara itu tidak timbul.

“Dalam pertemuan bersama Ahmad Zahid, saya mendengar dengan jelas beliau menyatakan untuk tidak meminta-minta, apatah lagi untuk meletakkan apa juga permintaan dengan kembalinya dalam Umno. Ini juga terpakai untuk tidak memohon agar diberikan sebarang kerusi untuk beliau bertanding dalam PRU akan datang,” katanya lapor BH.

Sebaliknya, Khairy dilihat mahu menumpukan kepada peranan strategik dalam mengukuhkan parti.

“Tidak timbul soal ada demand yang beliau nyatakan. Itu semua bukan perkara utama. Seingat saya, hanya satu sahaja beliau mohon iaitu kalau dapat dipertimbangkan nombor keahlian lama diberikan kembali. Bertanding atau tidak, itu bukan ukuran, tetapi lebih penting ialah bagaimana beliau boleh kembali membantu UMNO untuk berhadapan dengan pilihan raya,” ujar Megat Zulkarnain. – 17 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related