HEADLINES

Wan Saiful dakwa video tular tulen, Azmin tidak sesuai jadi pemimpin Bersatu

Wan Saiful mendakwa mendapat maklumat baru bahawa siasatan forensik terhadap video intim itu adalah sahih

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa siasatan forensik terhadap video membabitkan Datuk Seri Azmin Ali di Sandakan sebagai sahih.

Justeru, kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu tidak layak menjadi pemimpin Bersatu selagi kontroversi video tular pada 2019 itu tidak diselesaikan.

“Selepas konvensyen tahun lepas, saya dapat maklumat baharu yang mendakwa siasatan forensik terhadap video intim yang dikatakan membabitkan Azmin Ali di Sandakan mendapati video itu adalah sahih.

“Ini menyebabkan saya berubah fikiran mengenai Azmin Ali. Saya menyuarakan  pandangan kepada beberapa orang bahawa selagi isu ‘video songsang’ ini tidak diselesaikan, Azmin tidak sesuai jadi pemimpin Bersatu.

“Saya berpandangan kalau ia fitnah politik, ya, kita mesti pertahan dan lawan tetapi kalau ia isu moral yang menyimpang maka ia tidak sesuai untuk parti seperti Bersatu.

“Parti lain mungkin boleh terima tetapi bukan Bersatu,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Wan Saiful, selepas itu, hubungannya dengan Azmin terus menjadi sejuk, dingin dan beku.

“Jadi saya tak pelik kalau beliau sentiasa mencari peluang nak target saya,’’ katanya.

Pada 2019, tular klip video tular didakwa membabitkan Azmin yang ketika itu Menteri Hal Ehwal Ekonomi dipercayai diambil dari sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu dalam video berkenaan.

Menurutnya, pendedahan itu adalah komplot yang dirancang untuk merosakkan reputasi serta kerjaya politiknya. – 29 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related