HEADLINES

Bella Astillah terima lamaran Syed Saddiq, bertunang hari ini

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bakal bertunang dengan Bella Astillah, selepas melamar penyanyi dan pelakon berkenaan di Gunung Kinabalu, Sabah,

Perkara tersebut dikongsi oleh Syed Saddiq di dalam Instagramnya dan turut memuatkan video beliau melamar Bella Astilah.

Menurutnya, lamaran berkenaan dibuat ketika hujan lebat dan Bella Astillah menerima lamarannya. Beliau turut memuatnaik video menyarungkan cincin pertunangan pada jari Bella ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

“I asked, she said yes.

“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,’’ demikian tulis Syed Saddiq ketika mengumumkan berita gembira itu.

Sementara itu, majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella dalam satu majlis eksklusif yang diadakan di sini, petang tadi.

Majlis itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen (TV) kabel dan dihari keluarga dan rakan selebriti. – 28 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related