◉ HEADLINES

Cuaca panas: Sekolah di daerah Kota Setar, Pendang laksana PdPR tiga hari mulai esok

PdPR ini melibatkan keseluruhan 206 sekolah di bawah selian Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan Pendang

7:47 PM MYT

 

ALOR SETAR – Pengoperasian sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula esok hingga Selasa.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menunjukkan tahap suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut dari 26 hingga 28 Mac di kedua-dua daerah.

“Selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan berkaitan pengoperasian institusi pendidikan semasa cuaca panas, PdPR akan dilaksana bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta warga sekolah sentiasa terpelihara.

“Pelaksanaan ini melibatkan keseluruhan 206 sekolah di bawah selian Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan Pendang… sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR itu, sekiranya cuaca menunjukkan perubahan kepada tahap normal maka pengoperasian sekolah secara bersemuka akan diteruskan semula pada hari berikutnya berdasarkan penilaian semasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa JPN Kedah akan terus memantau perkembangan cuaca semasa dan memaklumkan sebarang maklumat lanjut pengoperasian sekolah dari semasa ke semasa.

“Semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga dimohon untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PdPR demi kesejahteraan murid,” katanya. – 28 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related