◉ HEADLINES

Kesihatan PM sangat baik: pengarah Hospital Serdang

Perdana Menteri menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Serdang hari ini

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat baik, menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid.

Beliau berkata Anwar telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di hospital berkenaan hari ini.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dalam keadaan yang sangat baik.

“Beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

Dr Farique Rizal berkata pemeriksaan kesihatan merupakan komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi. – 21 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

MACC detains businessman in RM1.5bil false import declaration scandal

Authorities say the syndicate allegedly smuggled contraband goods and bribed enforcement officers

Terengganu MB Samsuri takes helm as opposition leader

PN Supreme Council unanimously backs Ahmad Samsuri to lead opposition and explore broader alliances

◉ Related