HEADLINES

Dahan pokok patah masuk landasan, LRT Kelana Jaya alami kelewatan pagi tadi

Rapid KL berkata operasi perkhidmatan telah mula diselaraskan secara berperingkat bermula jam 9.35 pagi namun mengambil sedikit masa untuk kembali pulih sepenuhnya

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa mulai 9.35 pagi tadi selepas mengalami kelewatan berikutan kejadian dahan pokok patah yang memasuki kawasan landasan berhampiran Stesen Taman Paramount.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataannya berkata, gangguan berkenaan dikesan pada jam 8.28 pagi tadi dan menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan tren.

“Susulan itu, pihak operasi telah segera menjalankan kerja-kerja pembersihan di landasan serta mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan.

“Sepanjang tempoh gangguan, kesesakan turut berlaku di beberapa stesen utama khususnya di kawasan pusat perniagaan (CBD). Pegawai stesen bersama anggota polis bantuan telah digerakkan bagi membantu mengawal aliran penumpang dan memastikan keadaan kekal terkawal,’’ katanya.

Menurut Rapid KL, operasi perkhidmatan telah mula diselaraskan secara berperingkat bermula jam 9.35 pagi namun mengambil sedikit masa untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Pasukan operasi akan terus memantau keadaan bagi memastikan perkhidmatan kekal lancar,’’ katanya.

Rapid KL memaklumkan, sebagai langkah berjaga-jaga, anggota polis bantuan dan pegawai stesen masih ditempatkan di platform serta ruang legar bagi membantu mengawal aliran penumpang di stesen-stesen terlibat.

Penumpang juga, disarankan untuk merujuk pada laman media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini operasi. – 1 April, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related