HEADLINES

BDR bukan baring, duduk, rehat: KSN ingatkan penjawat awam

Beliau meminta Ketua Jabatan memastikan setiap petugas yang ingin melaksanakan dasar bekerja dari rumah mematuhi peraturan dan tatacara yang ditentukan selain memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bukan bermaksud ‘Baring Duduk Rehat’ atau ‘Beli-belah Di pasar Raya’ sebaliknya ia mesti mesti mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan, kata Ketua Setiausaha Negara Shamsul Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, output dan produktiviti kerja mesti sama malah kalau boleh lebih baik daripada bekerja di pejabat.

Justeru beliau meminta Ketua Jabatan memastikan setiap petugas yang ingin melaksanakan dasar bekerja dari rumah mematuhi peraturan dan tatacara yang ditentukan selain memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.

“Sebagai respons terhadap tekanan ekonomi dan keperluan semasa, kerajaan melalui Jemaah Menteri pada 1 April lepas telah bersetuju agar dasar BDR dilaksanakan bermula 15 April ini namun, jangan salah faham,’’ katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Shamsul Azri turut menegaskan bahawa penjawat awam perlu menunjukkan teladan kepada rakyat dengan bukan sahaja melaksanakan arahan, tetapi juga memacu pelaksanaan secara bijaksana.

Sebahagian penjawat awam Negeri Selangor hadir pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 hari ini. – Gambar Bernama, 3 April, 2026

Selaras dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyeru agar budaya berjimat cermat terus diamalkan secara bersungguh-sungguh di setiap jabatan.

“Di pejabat, sekiranya lampu dan kipas tidak digunakan, matikan. Penggunaan penyaman udara perlu diselaraskan pada suhu yang sesuai. Mesyuarat juga boleh dijalankan secara dalam talian bagi mengurangkan kos perjalanan dan penggunaan kertas.

“Elakkan pembaziran dan jika tiada keperluan mendesak, elakkan pembelian aset mewah untuk kegunaan pejabat kecuali atas faktor keselamatan atau kepentingan awam,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan mengambil langkah mengurangkan lawatan rasmi ke luar negara bagi meminimumkan kos, selaras dengan keputusan semasa.

Tegasnya, keputusan untuk tidak mengadakan sambutan Aidilfitri di peringkat kebangsaan mahupun negeri bukan bertujuan mengurangkan kemeriahan, tetapi bagi menggalakkan semangat kesederhanaan dan kebersamaan, di samping menghormati nasib rakyat yang kurang bernasib baik termasuk di Gaza.

Semalam satu surat edaran telah dikeluarkan yang menetapkan bahawa pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor serta semua ibu negeri yang mempunyai jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan kilometer layak melaksanakan BDR mulai 15 April.

Ketetapan itu dinyatakan dalam surat bertajuk “Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Konflik Asia Barat” yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut surat edaran itu, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah telah memperincikan dasar, syarat, dan peraturan pelaksanaan BDR.

Pelaksanaan BDR secara berperingkat adalah langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. – 3 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related