◉ HEADLINES

Penumpang terjatuh di kawasan landasan Stesen LRT Abdullah Hukum

Pihak operasi terpaksa menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat dijalankan

7:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang dilaporkan terjatuh di kawasan landasan di Stesen Abdullah Hukum, petang ini, mengakibatkan pihak operasi terpaksa menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen tersebut.

Dalam kenyataannya, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berkata, langkah berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada polis, Bomba dan pasukan ambulans yang berada di lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

Susulan insiden yang berlaku pada pada jam 6.09 petang itu, katanya, perkhidmatan tren di antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum telah diberhentikan buat sementara waktu.

“Perkhidmatan tren alternatif termasuk perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menyokong operasi,’’ katanya.

Menurutnya, pengguna yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Pegawai Stesen dan Polis Bantuan di stesen-stesen berkenaan.

Rapis Rail juga memberitahu, sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat daripada kejadian dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada petang ini,’’ katanya. – 3 April, 2026
.

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related