◉ HEADLINES

PKR harungi pelbagai cabaran, kekal teguh selepas 27 tahun: Fahmi

PKR akan terus berdiri, terus mara, dan terus menjadi wadah harapan buat rakyat, kata Fahmi

6:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal teguh selepas 27 tahun berdepan pelbagai cabaran dalam arena politik tanah air sejak diasaskan pada 4 April 1999.

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, parti itu tetap berdiri teguh hasil daripada keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan yang tidak pernah padam.

“KEADILAN (PKR) lahir daripada semangat reformasi, dalam satu usaha untuk tegakkan keadilan, lawan kezaliman, pertahankan suara rakyat dan membina sebuah Malaysia yang lebih adil, demokratik dan berintegriti.

“Perjalanan ini bukan mudah. Kita telah lalui pelbagai ujian, cabaran dan liku. Berkat keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan, KEADILAN terus berdiri, terus mara, dan terus menjadi wadah harapan buat rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook sempena ulang tahun ke-27 parti itu.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata sambutan ulang tahun itu menjadi peringatan bahawa agenda reformasi masih perlu diteruskan demi masa depan negara.

“Semangat reformasi itu masih terus hidup, dan perjuangan kita masih belum selesai. Selamat ulang tahun ke-27 KEADILAN. Semoga panji reformasi terus berkibar,” katanya. – 4 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related