◉ HEADLINES

Rafizi jangan berlakon jadi mangsa, amal politik sabotaj wajar berundur: Adun Batu Uban

Kumaresan Aramugam mengecam kenyataan Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai ugutan politik, menegaskan tindakan itu melemahkan Keadilan dan mendesak beliau segera berundur demi maruah parti

12:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adun Batu Uban, Kumaresan Aramugam, mengecam kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang mendakwa dirinya akan menjadi “lebih berbahaya” jika keluar parti, menyifatkannya sebagai sombong dan satu bentuk ugutan politik yang tidak boleh diterima oleh mana-mana anggota Keadilan berprinsip.

“Ini adalah politik sabotaj dari dalaman. Seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang tidak akan sesekali mengugut parti sendiri demi mendapatkan leverage politik,” tegas Kumaresan.

Beliau berkata kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu jelas membuktikan perjuangannya kini bukan lagi tentang rakyat atau reformasi, tetapi lebih kepada kedudukan dan kepentingan peribadi.

“Lebih memalukan, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memimpin kerajaan dalam keadaan ekonomi global mencabar, Rafizi memilih untuk bermain politik murahan dengan menyerang kepimpinan sendiri secara terbuka. Ini bukan keberanian, ini tindakan tidak bertanggungjawab yang melemahkan parti dan kerajaan di mata rakyat,” katanya.

Persoalan prestasi dan skandal ARM

Kumaresan yang juga Naib Pengerusi Keadilan Pulau Pinang turut mempersoalkan mengapa Rafizi hanya lantang bersuara selepas tidak lagi berada dalam kedudukan kuasa.

“Sepanjang tiga tahun beliau berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi, mengapa beliau tidak bersuara seperti hari ini? Mengapa kini hanya lantang di pentas podcast?” ujarnya.

Beliau mendakwa tindakan Rafizi dilihat sebagai usaha terdesak untuk mengalihkan perhatian daripada isu skandal pelaburan ARM bernilai RM1.12 bilion yang melibatkan pegawai di bawah pejabatnya.

“Sehingga hari ini, individu yang dikaitkan, James, masih berada di London dan gagal tampil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. SPRM sendiri telah menyatakan kesediaan menampung tiket penerbangan beliau untuk pulang ke Malaysia,” kata Kumaresan.

Desakan berundur demi maruah parti

Kumaresan menegaskan rakyat tidak mudah diperdaya dengan naratif yang dialihkan, malah semakin banyak persoalan tidak terjawab hanya menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu cuba disembunyikan.

“Jika benar tiada apa yang hendak disembunyikan, maka pulanglah dan berikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, bukan terus bersembunyi di luar negara. Jika Rafizi merasakan dirinya lebih kuat di luar parti, maka jangan terus bermain dua muka, keluar sekarang,” katanya.

Beliau menekankan bahawa lebih sejuta anggota Keadilan bukan wujud untuk memenuhi kehendak seorang individu.

“PKR adalah parti berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu. Cukuplah sandiwara ini. Rafizi tidak boleh terus berada dalam parti sambil merosakkan parti dari dalam. Itu bukan prinsip, itu hipokrasi politik,” tegasnya.

“Demi maruah parti dan keyakinan rakyat, hanya satu langkah wajar diambil – Rafizi Ramli wajib berundur,” desak Kumaresan. – 5 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related