◉ HEADLINES

Peniaga tidak mengaku salah, buat hantaran komunikasi jelik

Sanuzi didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Instagram pada 2024 dan hantaran itu kemudian dilihat di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 21 Februari 2025

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di Sepang, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik menerusi media sosial, dua tahun lepas.

Tertuduh, Sanuzi Kernain, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, Sanuzi didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Instagram menerusi akaun “boss.s_k” pada 13 Nov 2024.

Hantaran itu kemudian dilihat di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1, Cyberjaya pada 5.15 pagi, 21 Feb 2025.

Sanuzi didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pegawai pendakwa MCMC Nazrul Nizam Mohd Zameri mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Badrul Mushani Mustapa Albakari yang mewakili OKS merayu anak guamnya diberi jaminan rendah kerana bekerja sendiri dan merancang memulakan perniagaan baharu secara kecil-kecilan dalam masa terdekat.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mei. – 7 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related