◉ HEADLINES

Kerajaan kekalkan harga subsidi di sebalik ketidaktentuan minyak global

MOF menjelaskan penurunan harga minyak mentah global hari ini susulan gencatan senjata tidak serta-merta menurunkan harga runcit bahan api di Malaysia kerana harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya

9:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga bersubsidi bagi rakyat dan sektor tertentu walaupun berlaku ketidaktentuan pasaran minyak global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi meningkat 40 sen kepada RM4.27 seliter.

“Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” menurut kenyataan itu.

Bermula 1 April ini, had kelayakan BUDI95 diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan, selain had pengisian diesel dilaksanakan bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sementara itu, harga seliter bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) masing-masing dikekalkan pada RM2.05 dan RM2.15.

Selain itu, kerajaan juga mengekalkan bantuan tunai tambahan BUDI Diesel sebanyak RM100 untuk April, menjadikan jumlah keseluruhan RM300 bagi penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

MOF menjelaskan penurunan harga minyak mentah global hari ini berikutan pengumuman gencatan senjata tidak serta-merta menurunkan harga runcit bahan api di Malaysia kerana harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya.

“Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan tinggi sepanjang lima minggu lalu ketika pasaran global berada pada paras lebih tinggi, yang mencecah sekitar USD150 setong bagi produk petrol dan USD250 setong bagi produk diesel, dan ini terus mempengaruhi harga runcit dalam negara,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan menegaskan akan terus memantau perkembangan global bagi memastikan bekalan tenaga negara stabil, sambil terus melindungi rakyat melalui mekanisme sokongan bersasar.

“Kerajaan MADANI akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat secara teliti dan berhemah bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara serta kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – 8 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related